Wednesday 29 February 2012

Sumpah Terkejut !



ASSALAMUALAIKUM

Baru-baru nie ada pergi Langkawi untuk Kem Pengurusan Operasi (KPO) Sekreteriat Pencegahan Rasuah IPT Seluruh M'sia, 23-26 Feb 2012..Banyak juga la input yg dapat dari program tu even sincerely aku cakap, tak ikhlas sangat pon nak pergi...bukan sebab apa, ye la perginya dari Khamis sampai Ahad..4 class jugak la skip..agak tak keruan jugak la hati..tapi best jugak la dpt jalan-jalan di awal semester nie..bercuti dan spending quality time bersama bapak tersayang..haha..

Sebelum tukar topik, nk ucap jutaan dan 'billion'an terima kasih pada bapak yg sanggup juga turut sama ke Langkawi walaupun dalam keadaan yg kurang sihat..

Jangan tak tau, selain ayah, aku pun ada sorg lagi insan yg aku panggil bapak..hahaha

Dataran Lang
Petang 26 Februari lebih kurang jam 6.30 petang, aku selamat kembali ke bumi Minden.letihnya tak terkata..niat di hati, nk rehat la bila sampai bilik..tgk2, pintu bilik berkunci..

(dlm hati) "argh..apa fara nie buat..kunci2 pintu bagai.."

(dlm bilik) "kejapp..kejappp !"

(pintu dibuka)

SURPRISE !!!! (lagu Happy Birthday dinyanyikan)


speechless

termenangis jugak la aku petang tu..terkejut..tak sangka..tak terkata apa-apa..katil aku dipenuhi belon-belon..serius tak jangka langsung diorang akan bagi kejutan macam tu..pada aku, birthday aku dah lepas..so, no point la nk sambut bagai.. aku tak expect apa2 pon la..jom usha apa yg ada lagi..

meja hadiah
(meja dan kain batik tu aku punya -.-)

the birthday card

the J Co Donuts

the surprise present

dlm post sebelum ni kan aku ada post pasal wishlist...so, aku rasa mcm nobody gonna entertain any one of my wishes..aku pun tak la berharap sangat..tapi tak sangka, mereka menunaikan hasrat aku utk memiliki baju itu (LKM sangattt)..

menggayakan sweater baru ! sukaaaaa~~

the balloons ! =D

as for that, terima kasih yg tak terhingga (tahap infinity) buat kedua sahabatku dunia akhirat  Fara Naziha & Nur Amirah Liyana di atas ingatan anda berdua..that was so sweet..tahniah kerana mampu menyebabkan air mata ku mengalir buat kali kedua selepas surprise party masa 1st year dulu..terima kasih untuk kad dan ucapan-ucapan serta doa-doa yg indah lagi menusuk kalbu..terima kasih kerana memenuhi impian dan hajatku..terima kasih kerana hadir dalam hidup aku sebagai sahabat..terima kasih kerana masih setia menjadi sahabat di kala susah senang..terima kasih terima kasih terima kasih...sesungguhnya, hanya Allah dapat balas jasa baik korang..

Syukur ya Allah kerna masih beri aku peluang utk terus hidup di bumi Mu ini..Syukur kerana Kau masih pinjamkan aku udara untuk aku bernafas, untuk teruskan perjuangan hidup aku sebagai hambaMu..Syukur atas kurniaan dan nikmat ini..:)

p/s : semangat baru utk semester nie..nak macam dulu balik ! hope so...

1 comment: